PENGENALAN
PEGUAM SYARIE CHAMBERS OF HAKIMI & HAZWANI
CHAMBERS OF HAKIMI & HAZWANI (Semenjak Tahun 2018) merupakan sebuah Firma Guaman Sivil & Syariah yang berpangkalan di bahagian Utara Semenanjung Malaysia.
Susulan perkembangan Dunia Guaman Syarie dan permintaan perkhidmatan Guaman Syarie yang semakin meningkat, Rakan Kongsi Kanan Chambers of Hakimi & Hazwani iaitu Tuan Mohd Hakimi Bin Zulkifly mengambil keputusan untuk menubuhkan Jabatan Syariah Chambers of Hakimi & Hazwani pada 24 Ogos 2022 yang mana ibu pejabatnya terletak di Parit Buntar, Perak.
CHAMBERS OF HAKIMI & HAZWANI menawarkan khidmat Guaman Syarie yang berfokuskan kepada Undang-Undang Keluarga Islam dan Pentadbiran Harta Pusaka Muslim. Kami sebagai sebuah Firma Guaman Syarie sentiasa memastikan hak dan kepentingan Klien-Klien kami terbela dan juga sedaya upaya memberikan khidmat guaman yang terbaik serta penuh profesional.
Keterlibatan CHAMBERS OF HAKIMI & HAZWANI dalam dunia Guaman Syarie bukanlah sebagai pemerhati di tepi padang semata-mata bahkan kami berhasrat untuk menjadi antara yang terbaik dalam lapangan Guaman Syarie dan secara serentak mahu memartabatkan Undang-Undang Syariah di Malaysia. Justeru bagi tujuan itu kami mahu dikenali sebagai PEGUAM SYARIE CHAMBERS OF HAKIMI & HAZWANI.
MENGENAI KAMI
PEGUAM SYARIE CHAMBERS OF HAKIMI & HAZWANI dianggotai oleh Empat (4) orang Peguam Syarie yang bertauliah dan berpengalaman dalam Guaman Syarie. Jabatan Syariah kami sentiasa memastikan kualiti representasi yang diberikan kepada Klien-Klien kami demi memastikan Hak dan Kepentingan mereka terbela.
MOHD HAKIMI ZULKIFLY
Merupakan Rakan Kongsi Kanan juga Peguam Syarie yang Bertauliah di Firma kami. Beliau merupakan Lepasan Pengajian Menengah dari The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
KHAIRUL IFHAM KHAIRUL FAIZ
merupakan Peguam Syarie yang Bertauliah di Firma kami. Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan dengan Kepujian dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Beliau juga merupakan seorang pemegang Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DAIJ) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
SITI ADZLIN MOHD ANWER
merupakan Peguam Syarie yang Bertauliah di Firma kami. Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga merupakan seorang pemegang Diploma Lanjutan Syariah Dan Amalan (DLSA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
NURUL SUHAIDA MOKHTAR
merupakan Peguam Syarie yang Bertauliah di Firma kami. Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS). Beliau juga merupakan seorang pemegang Diploma Pascasiswazah Kehakiman Dan Guaman Syarie (DPGS) dari Universiti Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS).
PERKHIDMATAN KAMI
1. TUNTUTAN / PERMOHONAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
- PERMOHONAN SIJIL FARAID
- PENYEDIAAN DOKUMEN HIBAH HARTA
- PENYEDIAAN DOKUMEN WASIAT HARTA
2. TUNTUTAN / PERMOHONAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
- TUNTUTAN PERCERAIAN
- TUNTUTAN FASAKH
- TUNTUTAN CERAI TAKLIQ
- TUNTUTAN KHULUQ (TEBUS TALAQ)
- TUNTUTAN MUTAAH
- PENGESAHAN LAFAZ CERAI (PLC)
- PENGESAHAN NIKAH
- PENGESAHAN RUJU’
- PERMOHONAN WALI HAKIM
- TUNTUTAN SABITAN NUSYUZ
- TUNTUTAN ISTERI KEMBALI TAAT
- TUNTUTAN NAFKAH IDDAH
- TUNTUTAN NAFKAH TERTUNGGAK
- TUNTUTAN NAFKAH ANAK
- TUNTUTAN GANTI RUGI PERTUNANGAN
- TUNTUTAN GANTI RUGI PERKAHWINAN
3. TUNTUTAN / PERMOHONAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
- TUNTUTAN HADHANAH (HAK JAGAAN ANAK) / TUNTUTAN HADHANAH INTERIM
- TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN
- PENGESAHAN HIBAH
- PENGESAHAN WASIAT
- PERMOHONAN POLIGAMI / PENGESAHAN POLIGAMI
4. RAYUAN KES MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
5. RAYUAN KES MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
6. PERMOHONAN INJUKSI (INTERIM & PENUH)
7.0 PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN (JUDICIAL REVIEW)
8.0 PERMOHONAN KOMITAL
9.0 LAIN-LAIN TUNTUTAN / PERMOHONAN DI MAHKAMAH SYARIAH
PELUANG KERJAYA
PEGUAM SYARIE CHAMBERS OF HAKIMI & HAZWANI sentiasa mengalu-alukan mereka yang berminat untuk memulakan dan/atau meneruskan kerjaya dalam Dunia Guaman Syarie dengan kami sama ada sebagai sebagai Peguam Syarie, Pelatih Dalam Kamar atau Staf Sokongan. Pihak anda akan dihubungi jika menepati syarat-syarat serta kehendak pihak kami. Terima kasih atas minat anda terhadap Firma kami dan selamat maju jaya.
JAWATAN YANG BOLEH DIPOHON:-
- PEGUAM SYARIE
- PELATIH DALAM KAMAR (SYARIAH)
- STAF SOKONGAN (SYARIAH)
- LATIHAN INDUSTRI (LI) / PRAKTIKAL
Hubungi Kami
Email Address
hakimihazwani.prk@gmail.com
Phone Number
05-716 5331
011-1095 3315
Alamat
No. 9, Tingkat 1 & 2, Jalan Syarikat, Pusat Perniagaan Parit Buntar, 34200 Parit Buntar, Perak
PEGUAM SYARIE CHAMBERS OF HAKIMI & HAZWANI
Firma Guaman Syarie yang Profesional dan menyediakan perkhidmatan Guaman Syarie di bahagian Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis.
